Sunday, June 30, 2013

Apakah Hukum Berzina Dengan Hamba?

Haram berzina dengan hamba kita , iaitu hamba yang sudah bersuami dan pada masa yang sama mereka berdua menjadi hamba kepada kita . Hamba itu bukan lagi gundik kita .

Hamba yang halal dijimak adalah hamba yang menjadi gundik kita , iaitu hamba perempuan yang tidak menjadi  isteri orang dan tidak berada dalam  'iddah orang . Hamba perempuan halal dijimak kerana dia menjadi milik tuannya dan hamba perempuan sama seperti isteri kita .

Walau bagaimanapun , pernah berkahwain dan bercerai , dia wajib ber'iddah sebelum kita boleh berjimak dengannya .

Bagaimanakah Ciri - Ciri Saksi Nikah?

Saksi nikah ini adalah sesuatu yang besar dalam bab munakahat . Antara ciri - cirinya adalah :

a) Adil dan tidak fassiq , iaitu tidak melakukan dosa - dosa besar contohnya berzina , minum arak , mkan riba' , berjudi dan membunuh .

b) Sekiranya individu itu sudah bertaubat , maka setahun selepas bertaubat baru boleh menjadi saksi .

c) Wajib tahu hukum nikah dan tahu sah akad ijab dan qabul .

d) Wajib tahu hubungan antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan , iaitu tiada hubungan mahram apa - apa antara pengantin lelaki dan perempuan .

e) Wajib tahu bahawa pengantin perempuan bukan dalam 'iddah dan bukan isteri orang .

f) Wajib tahu siapa wali yang sah bagi pengantin perempuan .

Apakah Hukum Men-Download (Memuat Turun) Mp3 Kuliah Ustaz (Ceramah) Daripada Internet

Sekiranya ada yang menukar format daripada CD kepada Mp3 bagi kegunaan sendiri , itu halal menurut syarak . Ia menjadi haram apabial ada yang membuat Mp3 dan dijual kepada orang ramai . Kita perlu meraikan kebajikan - kebajikan penjual yang sah .

Kepada yang men-Download Mp3 daripada Internet untuk didengar sahaja , ia tidak menjadi masalah dan dibolehkan . Yang menjadi masalah adalah apabila ada yang menggunakan Mp3 itu bagi berniaga . Kebanyakan lanun - lanun cetak rompak ini berkopiah atau beserban . 

Oleh kerana kejahilan hukum agama , mereka menciplak dan menjualkannya . Belilah yang original , mudah - mudahan ilmu yang kita dapat itu diberkati .

Apakah Hukum Meninggalkan Isteri Tanpa Memberi Apa - Apa Nafkah?

Hukumnya haram dan berdosa besar kerana berbuat zalim dan si zalim itu dijanjikan neraka oleh Allah . Allah menyuruh kepada para suami yang tidak suka kepada isterinya supaya melepaskan mereka dengan cara yang baik dan suami yang sengaja tidak memberikan nafkah kepada isterinya tidak diterima amalannya sebagaimana yang disebut oleh para Ulama' .

Kebanyakan Ulama' mengatakan haram hukumnya suami tidak meninggalkan sebarang nafkah . Perbuatan ini menunjukkan seoarang suami yang dayus dan tidak ada sifat kasih sayang terhadap saudara yang telah ditidurinya .

Saturday, June 29, 2013

Apakah Hukum Mencium Tangan Guru Bukan Islam?

Hukumnya adalah haram bagi kita mencium tangan orang kafir kerana itu tanda kita merendah diri kepada mereka .

Kita tidak mencuim tangan mereka bukan kerana kita tidak menghormati mereka , tetapi untuk menghormati agama kita yang kian hari kian di tundukkan .

Islam tidak boleh rendah daripada agama lain kerana semua agama lain adalah batil dan bakal ke neraka .

Apakah Hukum Membalas Sihir Yang Dihantar?

Haram kita membalas dengan sihir , tetapi harus hukumnya sekiranya kita kembalikan sihir tuannya sendiri kepadanya.

Sesunguhnya sihir itu merupakan sesuatu benda yang ajaib di dunia tetapai haram diamalkan , dipelajari (kecuali dengan syarat tertentu) dan ada kaitan dengannya .

Sihir juga merupakan sesuatu perkara yang mampu menjadikan manusia syirik kepada Allah .

Apakah Hukum Gantung Kuda Laut?

Hukumnya adalah haram kerana perbuatan itu syirik kepada Allah . Perbuatan mensyirikkan Allah ini banyak caranya tetapi syirik hanya terbahagi kepada dua iaitu syirik Khafi (kecil) dan syirik Jaali (besar) .

Menggantung kuda laut sebagai pendinding merupakan syirik Jaali kerana ia mampu menyesatkan Akidah.

Syaitan takut pada ayat-ayat Al-Quran bukannya takut kepada kuda laut . Sekiranya kita melakukan demikian , maka samalah kita merendahkan Allah dan meninggikan Syaitan .