Seorang Kristian menemui saya dan dia menengking saya. Dia menyatakan bahawa agama Islam adalah agama yang 'menghalalkan pembunuhan' yakni dengan perperangan. Saya cuba menenangkan dia dahulu. Saya meminta dia mengeluarkan hujjahnya. Lantas, dia mengemukakan 16 ayat Al-Quran tentang perperangan dan jihad. Antara firman Allah tersebut:
1~ Firman Allah S.W.T:
"Wahai Nabi, perangsangkanlah orang-orang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir) ; dan jika ada di antara kamu seratus orang (yang sabar), nescaya mereka dapat menewaskan 1000 orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti."
(Al-Anfal : 65)
2~Firman Allah S.W.T:
'Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang) , sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) atau dengan keaadan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) ; dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam) . Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengerti."
(At-Taubah : 41)
3~Firman Allah S.W.T:
"Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang Kafir dan orang-orang Munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali"
(At-Taubah : 73)
4~Firman Allah S.W.T:
"(Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang Kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan) , dan ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu."
(Muhammad : 35)
5~Firman Allah S.W.T:
"Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran agamaNya) ; dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."
(Al-Baqarah : 244)
6~Firman Allah S.W.T:
"(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan) , maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang Kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka." (Perintah) yang demikian ialah kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya; dan sesiapa yang menentang Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya."
(Al-Anfal : 12-13)
Saya menjawab:
"Firman Allah yang pertama bukan menunjukkan Allah menggalakkan umat Islam berperang dan berbunuh-bunuhan, tetapi Allah menyatakan kekuatan umat Islam jikalau bersabar menerima perintah Allah memerangi orang-orang Kafir."
"Firman Allah kedua menunjukkan betapa pentingnya perintah Allah memerangi orang-orang Kafir yang ketika itu umat Islam ramai terdiri daripada kaum yang lemah. Allah tidak menyatakan 'menghalalkan pembunuhan' menerusi perang."
"Firman Allah ketiga, Allah memerintahkan agar umat Islam bangkit menentang orang-orang Kafir dan Munafik kerana mereka merupakan musuh Islam yang nyata."
"Firman Allah keempat, Allah menyatakan bahawa janji orang-orang Kafir jangan dipercayai; apatah lagi untuk berdamai; kerana mereka sentiasa memungkiri janji."
"Firman Allah kelima, Allah memerintah umat Islam berperang kerana Allah Maha Mendengar rintihan umat Islam yang seksa menanggung azab yang dilakukan oleh orang-orang Kafir semata-mata untuk mempertahankan agama Islam yang satu."
"Firman Allah keenam, Allah menerangkan kekuatan umat Islam dengan pertolonganNya dan pedihnya azab yang bakal diterima oleh orang-orang Kafir."
Hakikatnya, Allah menurunkan ayat-ayatNya adalah untuk memerintah umat Islam supaya memerangi musuh Islam yang hakiki dan bukannya berperang untuk membunuh tetapi berperang untuk berjihad. Orang-orang Kafir kini dan selamanya masih tidak faham erti jihad dalam Islam.
Semoga Allah memberi kefahaman Islam kepada orang Kafir tersebut.
No comments:
Post a Comment