Seorang Paderi Kristian telah menemui saya dalam perjalanan pulang saya ke rumah. Dia membantah Al-Quran kerana Al-quran memerintahkan wanita Islam memakai hijab sebagai mana yang terdapat dalam firman Allah;
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) , dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang lebih tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"
(Surah An-Nur : 31)
Dia menyatakan bahawa memakai hijab ini tidak ubah seperti zaman dahulu; yang mengamalkan amalan penghambaan dan juga membunuh roh bekerja, beraktiviti dan juga tidak ubah seperti penjara.
Saya tidak tahu kenapa dia begitu menyatakan sebegitu dan meyifatkannya dengan sifat yang buruk? Saya menjawab bahawa bukankah dia merupakan seorang agamawan Kristian yang berusaha menjaga kehormatan dan kesucian diri dan dalam masa yang sama berusaha memerangi keruntuhan akhlak dan pelacuran.
Saya menyatakan yang Allah bukan sengaja memerintahkan wanita memakai hijab ke atas diri mereka. Allah tidak menetapkan sesuatu secara sia-sia tetapi berhikmah. Hijab merupakan satu bentuk penjagaan kepada kehormatan kaum wanita dan penyebaran kesucian dan kemulian dalam masyarakat.
Kata-kata Paderi tersebut mengingat saya kepada syaitan-syaitan jin dan juga syaitan-syaitan manusia yang mengulangi hujah-hujah mereka yang buruk terhadap pemakaian hijab dalam Islam. Syaitan tersebut berharap agar wanita Muslimah dapat menjadi fitnah dalam Islam.Mereka mahu kaum wanita keluar rumah dalam keaadaan bertabarruj (berlebihan) dan memakai perhiasan yang menarik perhatian kaum lelaki.
Sama-samalah kita berdoa agar Allah memberi hidayah kepada Paderi tersebut dan kembali ke jalan yang benar.
No comments:
Post a Comment