Wednesday, June 19, 2013

Bolehkah orang terpaksa, melafazkan kalimah kufur?

Allah memberi kelonggaran kepada sesiapa yang terpaksa, untuk menyebut kalimah kufur. Terpaksa di sini bermaksud jikalau kita tidak melakukan perkara tesebut kita akan menempah maut. Dalam situasi terpaksa, kita diberi jalan untuk hidup dengan hanya melafazkan kalimah kufur. Dalam situasi ini, Allah memberi kelonggaran berdasarkan ayat dalam Al-Quran yang berbunyi:

"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) , kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar"

(An-Nahl : 106)

Dapat kita kaitkan situasi melafazkan kalimah kufur ini dengan kisah Ammar Bin Yasir. Ammar Bin Yasir merupakan anak kepada Sumayyah (Syahid pertama dalam Islam). Dia melihat ibunya Syahid ditikam dengan tombak. Selepas Musyirikin Mekah mmbunuh Sumayyah, dia menghampiri Ammar Bin Yasir. Dia menyuruh Ammar Bin Yasir melafazkan nama tuhan yang merupakan berhala yang mereka sembah atau tetap dengan agama Islam. Dengan sedih, Ammar Bin Yasir melafazkan salah satu darpada tuhan yang mereka sembah dalam keadaan hatinya tetap beriman kepada Allah.

Ammar Bin Yasir tidak berasa tenteram. Dia pergi merujuk kepada baginda Rasulullah S.A.W bagi mendapatkan kesahihan. Selepas menceritakannya kepada Nabi, Nabi tidak memarahi Ammar Bin Yasir malahan memuji tindakannya.

Selepas meniliti kisah ini, jelaslah Allah memberikan kelonggaran kepada sesiapa yang dalam keadaan terpaksa untuk mengucap kalimah kufur. Tetapi dengan syarat, sewaktu dia melafazkan kalimah kufur tersebut, hati dia perlulah tetap dengan beriman kepada Allah.


No comments:

Post a Comment