Sunday, June 30, 2013

Apakah Hukum Berzina Dengan Hamba?

Haram berzina dengan hamba kita , iaitu hamba yang sudah bersuami dan pada masa yang sama mereka berdua menjadi hamba kepada kita . Hamba itu bukan lagi gundik kita .

Hamba yang halal dijimak adalah hamba yang menjadi gundik kita , iaitu hamba perempuan yang tidak menjadi  isteri orang dan tidak berada dalam  'iddah orang . Hamba perempuan halal dijimak kerana dia menjadi milik tuannya dan hamba perempuan sama seperti isteri kita .

Walau bagaimanapun , pernah berkahwain dan bercerai , dia wajib ber'iddah sebelum kita boleh berjimak dengannya .

Bagaimanakah Ciri - Ciri Saksi Nikah?

Saksi nikah ini adalah sesuatu yang besar dalam bab munakahat . Antara ciri - cirinya adalah :

a) Adil dan tidak fassiq , iaitu tidak melakukan dosa - dosa besar contohnya berzina , minum arak , mkan riba' , berjudi dan membunuh .

b) Sekiranya individu itu sudah bertaubat , maka setahun selepas bertaubat baru boleh menjadi saksi .

c) Wajib tahu hukum nikah dan tahu sah akad ijab dan qabul .

d) Wajib tahu hubungan antara pengantin lelaki dan pengantin perempuan , iaitu tiada hubungan mahram apa - apa antara pengantin lelaki dan perempuan .

e) Wajib tahu bahawa pengantin perempuan bukan dalam 'iddah dan bukan isteri orang .

f) Wajib tahu siapa wali yang sah bagi pengantin perempuan .

Apakah Hukum Men-Download (Memuat Turun) Mp3 Kuliah Ustaz (Ceramah) Daripada Internet

Sekiranya ada yang menukar format daripada CD kepada Mp3 bagi kegunaan sendiri , itu halal menurut syarak . Ia menjadi haram apabial ada yang membuat Mp3 dan dijual kepada orang ramai . Kita perlu meraikan kebajikan - kebajikan penjual yang sah .

Kepada yang men-Download Mp3 daripada Internet untuk didengar sahaja , ia tidak menjadi masalah dan dibolehkan . Yang menjadi masalah adalah apabila ada yang menggunakan Mp3 itu bagi berniaga . Kebanyakan lanun - lanun cetak rompak ini berkopiah atau beserban . 

Oleh kerana kejahilan hukum agama , mereka menciplak dan menjualkannya . Belilah yang original , mudah - mudahan ilmu yang kita dapat itu diberkati .

Apakah Hukum Meninggalkan Isteri Tanpa Memberi Apa - Apa Nafkah?

Hukumnya haram dan berdosa besar kerana berbuat zalim dan si zalim itu dijanjikan neraka oleh Allah . Allah menyuruh kepada para suami yang tidak suka kepada isterinya supaya melepaskan mereka dengan cara yang baik dan suami yang sengaja tidak memberikan nafkah kepada isterinya tidak diterima amalannya sebagaimana yang disebut oleh para Ulama' .

Kebanyakan Ulama' mengatakan haram hukumnya suami tidak meninggalkan sebarang nafkah . Perbuatan ini menunjukkan seoarang suami yang dayus dan tidak ada sifat kasih sayang terhadap saudara yang telah ditidurinya .

Saturday, June 29, 2013

Apakah Hukum Mencium Tangan Guru Bukan Islam?

Hukumnya adalah haram bagi kita mencium tangan orang kafir kerana itu tanda kita merendah diri kepada mereka .

Kita tidak mencuim tangan mereka bukan kerana kita tidak menghormati mereka , tetapi untuk menghormati agama kita yang kian hari kian di tundukkan .

Islam tidak boleh rendah daripada agama lain kerana semua agama lain adalah batil dan bakal ke neraka .

Apakah Hukum Membalas Sihir Yang Dihantar?

Haram kita membalas dengan sihir , tetapi harus hukumnya sekiranya kita kembalikan sihir tuannya sendiri kepadanya.

Sesunguhnya sihir itu merupakan sesuatu benda yang ajaib di dunia tetapai haram diamalkan , dipelajari (kecuali dengan syarat tertentu) dan ada kaitan dengannya .

Sihir juga merupakan sesuatu perkara yang mampu menjadikan manusia syirik kepada Allah .

Apakah Hukum Gantung Kuda Laut?

Hukumnya adalah haram kerana perbuatan itu syirik kepada Allah . Perbuatan mensyirikkan Allah ini banyak caranya tetapi syirik hanya terbahagi kepada dua iaitu syirik Khafi (kecil) dan syirik Jaali (besar) .

Menggantung kuda laut sebagai pendinding merupakan syirik Jaali kerana ia mampu menyesatkan Akidah.

Syaitan takut pada ayat-ayat Al-Quran bukannya takut kepada kuda laut . Sekiranya kita melakukan demikian , maka samalah kita merendahkan Allah dan meninggikan Syaitan .

Apakah Hukum Sokong Komunis?

Hukumnya haram apabila kita menyokong ideologi komunis .

Namun , sekiranya komunis itu mahu melakukan perkara yang tidak haram seperti membantu orang kafir membina rumah anak yatim , maka hukumnya harus di sisi syarak .

Seperti yang kita tahu , komunis di negara Malaysia , merupakan komunis yang menentang pentadbiran semasa . Mereka inginkan sesuatu pentadbiran yang tidak mendarjatkan sesiapa . Tetapi niat tidak menghalalkan cara . Mereka menggunakan cara yang salah yakni keras dan melampau untuk menyatakan pendapat mereka . Maka , salahlah di sisi Islam menyokong kumunis .

Apakah Hukum Menipiskan Janggut?



Makruh menipiskan janggut sehingga tinggal sedikit , sunat biarkan panjang sekurng - kurangnya segenggam menurut pendapat ulama'.


Ini kerana menipiskan janggut bertentangan dengan Sunnah Nabi yang zahir . Menyimpan janggut merupakan Sunnah Nabi . Menyimpan janggut banyak fadhilatnya . Antaranya menyerlahkan kemanisan dan kebaikan dan menenggelamkan kepahitan dan keburukan .

Apakah Hukum Membayar Hutang Duit Menang Nombor Ekor?

Hukumnya haram kita membeli nombor ekor dan haram bagi kita membelanjakan duit hasil daripadanya sama ada membayar hutang , menderma dan sebagainya . Duit yang diperolehi merupakan daripada sumber yang haram .

Sekiranya kita membayar hutang dengan duit itu , hutangnya masih belum tertunai lagi dan dikira berhutang .

Apakah Air Liur Basi Najis Ataupun Tidak ?

Air liur basi itu najis kerana datangnya dari perut .

Apabila kita tidur , sesetengah badan orang pasti mengalir dari perut cecair ini .

Bukan air liur asalnya , tetapi dipanggil air liur sebab berada dalam mulut bersama dengan air liur .

Apakah Hukum Makan Daging Gajah?

Hukumnya haram makan daging gajah .

Ulama memasukkan gajah dalam kumpulan bertaring yang ada hadis melarang memakannya . Ada keadaan yang menghalalkannya antaranya ketika darurat .

Apakah Hukum Berhias Diri Pada Hari Raya?

Hukumnya sunat berhias diri pada hari raya .

Rasulullah menggalakkan umatnya memperagakan pakaian baharu dan berwangi - wangian pada hari raya . Ini untuk meraikan sempena kemenangan kita menahan nafsu pada bulan Ramadhan .

Melakukan sedemikian merupakan salah satu daripada Sunnah Baginda .

Apakah Hukum Meniru Dalam Peperiksaan?

Haram meniru dengan cara meniru dalam peperiksaan apatah lagi apabila keputusan peperiksaan itu digunakan sebagai laluan bagi mendapatkan pekerjaan .

Ia boleh menstatuskan duit yang diperoleh nanti adalah haram .

Apakah Hukum Menampar Pipi?

Tidak haram sekiranya kita menmpar pipi kerana mahu menmpar nyamuk yang hinggap di pipi .

Tampar pipi orang bukan kerana bermanja itu haram , pukul pipi sendiri itu kerja sia - sia .

Haram pukul orang pada bahagian muka sekalipun kepada pelaku jenayah .

Tampar yang haram adalah tampar yang mencederakan sehingga bengkak dan berdarah .

Sekiranya berlakon , kita perlu menmpar dengan perlahan dan ia tidak salah sekiranya sama jantina .

Apakah Hukum Panggil Nabi Isa Sebagai Jesus?

Jesus di sisi penganut Kristian bermaksud anak tuhan yang suci .

Oleh itu , elakkan daripada menggunakan nama itu melainkan iktikad Jesus yang kita sebut itu ialah Nabi Isa Pesuruh Allah .

Apakah Hukum Bekerja Sebagai Pelakon?

Sekiranya ada melakonkan watak - watak yang ditegah oleh agama contohnya mendedaaripada mendedahkan aurat , bersentuhan dengan bukan mahram dan seumpamanya , rezeki yang kita dapat daripada sumber lakonan itu adalah haram .

Setiap yang haram itu berdosa dan orang yang berdosa itu api neraka lebih layak baginya . Nauzubillah .

Apakah itu Pembahagian Makruh?

Makruh tanzil ialah asal bagi hukum makruh yang tidak berdosa apabila kita melakukannya seperti kencing berdiri , makan dengan tangan kiri , dan mandi telanjang .

Makruh tahrim pula ialah perkara haram , tetapi tidak berdalilkan nas qat'ie seperti mendengar perempuan menyanyi .


Adakah Nabi Menyimpan Misai ?

Nabi hanya menyimpan janggut .

Nabi berkata :-
Sepuluh perkara fitrah daripada sunnah nabi adalah mencukur misai dan memelihara janggut .

( Diriwayatkan Oleh Ahmad , Muslim , Abu Daud , at - Tirmidzi , an - Nasaei , dan Ibn Majah )

Apakah Hukum Pakai Cincin Pada Jari Tengah Dan Telunjuk?

Rasulullah melarang pemakaian cincin pada jari tengah dan telunjuk seperti yang terdapat dalam hadis berikut :-

Ali Bin Abi Talib berkata , " Rasulullah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk ataupun jari yang mengiringnya , iaitu jari tengah ataupun jari hantu . "

(Riwayatkan Oleh Muslim , Abu Daud , at - Tirmidzi dan Nasaie )

Apakah Hukum Ungkapan Simpang Malaikat 44?

Ulama melarang berkata begitu kerana perkataan itu tiada sandaran
daripada islam .

Apakah Batasan Dengan Bapa Tiri?

Batasannya sama seperti bapa sendiri walaupun sudah berpisah .

Apakah Hukum Membeli Tanah Wakaf Kubur?

Hukumya adalah haram , tidak sah urusan jual beli tanah itu .

Rumah yang dibina di atas tanah wakaf kubur wajib dirobohkan .

Apakah Hukum Memakai Baju Yang Ada Kalimah Allah Ketika Memasuki Tandas?

Setiap sesuatu yang tertulis nama Allah , sifat - sifatNya , nama para Nabi , ayat Al - Quran danseumpamanya tidak boleh dibawa masuk ke tandas dan ke tempat - tempat yang tidak layak dengan kesucianya .

Adakah Dosa Yang Dibuat Oleh Anak Angkat Ditanggung?

Wajib ke atas bapa angkat mendidik anak angkat dengan hukum hakam Islam .

Sekiranya tidak dididik , lalu anak angkat itu derhaka dan bermaksiat kepada Allah .

Maka , orang yang memeliharanya perlu bertanggungjawab ketika di akhirat nanti .

Apakah Hukum Menggunakan Nama Samaran ( Nickname ) " Bidadari Syurga "?

Ia tidak boleh digunakan kerana mendatangkan fitnah .

Apa sahaja yang datang dari syurga tiada bandingannya dengan kehidupan dunia .

Perkataan syurga hanya boleh digunakan pada ayat - ayat yang bermaksud umum sahaja , bukannya secara peribadi .

Apakah Hukum Tidur Dengan Kucing?

Harus kita tidur dengan kucing , kerbau ataupun ayam sekalipun dengan syarat ia tidak memudaratkan kita .

Friday, June 28, 2013

Apakah Hukum Berbual Kosong Dengan Bukan Muhrim Dalam Khalayak Ramai?

Sekiranya bebual dalam khalayak ramai , perlu dinilai pada topik yang dibualkan . Sekiranya tiada faedah , sekadar suka - suka , dan tidak berbual tentang seks , hukumnya adalah makruh .

Sesungguhnya Rasulullah tidak menyukai umatnya membuang masa dan mendekati zina . Firman Allah :

"Dan janganlah kamu (sekalian umat manusia) Mendekati zina , "

(Al-Isra')

Jelas di sini bermaksud bercakap-cakap dengan yang bukan muhrim merupakan perbuatan yang mendekati zina . Seloknya kita menjauhi larangan Allah S.W.T tersebut .

Apakah hukum Berdoa supaya tidak keluar Haid?

Hukumya makruh berdoa sepeti itu kerana isteri-isteri Nabi tidak pernah berdoa sebegitu .

Haid merupakan satu proses pembersihan dan penyucian serta pembentukkan dinding rahim . Sewajarnya Muslimah tidak mendoakan agar mereka tidak keluar haid . Ini akan menjejaskan kesihatan mereka sebagai Wanita yang ingin memiliki zuriat .

Memang pada hakikatnya darah haid yang keluar menyebabkan Ibadah terganggu akan tetapai itulah ujian Allah kepada hambanya . Allah tidaklah zalim memberikan ujian kepada hambanya , sebaiknya Allah memberikan kenikmatan kepada perempuan yang berkeaadaan haid iaitu satu keistimewaan yang hanya Wanita sahaja yang mampu merasainya .

Apakah hukum mendengar Perempuan menyanyi?

Hukumnya adalah berdosa kecil melainkan muhrim kita yang menyanyi seperti ibu mertua , isteri dan nenek kita .

Suara perempuan merupakan aurat. Suara di sini bermaksud kelunakkan dan kemerduan suara mereka merupakan aurat yang zahir yang merupakan halal bagi yang mahram bagi mereka sahaja . Ini kerana dengan suara sahaja mampu memuncakkan syahwat lelaki .

Sesungguhnya Allah memerintah kepada kaum Wanita supaya menjaga aurat mereka dengan sempurna .

Kesemua perintah Allah mengandungi hilmah yang tersendiri yang di mana memerlukan kajian dan pembelajaran didalamnya . Dalam isu menutup aurat , hikmahnya ialah supaya penyakit dan masalah sosial tidak berlaku .

Apakah hukum Ibu mendoakan Keburukan ke atas Anaknya?

Setiap manusia haram mendoakan ke atas manusia Islam yang lain dengan kejahatan dan keburukan .

Nabi S.A.W tidak pernah mendoakan keburukkan kepada umatnya malahan Baginda mendoakan yang tebaik bagi umatnya . Akan tetapi , lain pula bagi musuh Islam yang hakiki (nampak atau jelas) seperti Abu Jahal . Dalam doa baginda untuk Abu Jahal , Baginda minta kepada Allah supaya dia tidak lagi menggangu umat Islam . Tetapi Nabi merupakan seorang nabi . Baginda juga mendoakan agar AbuJahal mendapat hidayah daripada Allah .

Jelas menunjukkan bahawa mendoakan keburukan kepada orang lain adalah haram kerana Nabi sendiri tidak pernah mendoakan keburukan kepada orang lain (kecuali musuh Islam) inikan pula kita yang merupakan umat dan pengikutnya . Sesungguhnya Rasulullah merupakan seorang yang bijaksana .

Apakah hukum masuk Gereja dengan sengaja?

Hukum masuk ke gereja , kuil , ataupun tokong adalah makruh .

Ini bagi mengelakkan hati berubah . Pernah suatu ketika diceritakan bahawa ada seorang muslim memasuki gereja . Sejurus selepas itu , hatinya ingin sangat memasuki dan menganuti agama Kritian (Nasarani) .

Kejadian ini berlaku kerana di gereja , paderi-paderi mempunyai sihir-sihir yang khusus yang menyebabkan umat islam yang tidak tetap lagi iman mereka berubah hati ingin memasuki agama lain .

Allah telah mengingatkan kepada kita bahawa kita perlu berjaga dengan orang-orang Yahudi dan Kristian (Nasrani) kerana mereka akan selalu mencari cara untuk menyesatkan kita . Inilah cabaran dan rintangan umat akhir zaman . Sesungguhnya kepada Allah tempat penggantungan kita dan kepadaNya kita kembali .

Apakah hukum memakai Baju Kebaya?

Boleh memakai baju kebaya dengan syarat ia dipakai di dalam rumah sahaja .

Pada asalnya , baju kebaya tidaklah haram dipakai diluar rumah kecuali bersyarat . Antara syaratnya :)

a) Tidak menampakkan susuk tubuh badan (ketat)
b) Tidak berlebihan dalam memperagakannya (dari aspek corak , warna dan harga)
c) Tidak memuncakkan nafsu seseorang yang bukan mahram
d) Menutup aurat dengan sempurna (tidak menampakkan lurah buah dada malahan menutup kepala hingga ke bawah buah dada . Dalam erti kata lain tudung labuh)

Seorangperlu menjagamaruahnya sebagai perempuan . Mereka perlu ingat tubuh mereka hanya halal dilihat oleh suaminya dan kerabatnya (yang berkaitan) . Jika seorang isteri , anak perempuan dan ibu mempernampakkan aurat mereka , maka Allah menjanjikan azab yang syadid (perit atau seksa) bagi mereka .

Tidak boleh memperagakan baju itu apabila keluar dari rumah kerana umum mengetahui bahawa baju kebaya ini adalah sejenis baju yang menampakkan tubuh badan .

Apakah hukum lukis Potret bukan Mahram?

Hukum melukis potret bukan mahram sekadar untuk suka - suka adalah makruh . Potret merupakan gambar daripada hasil lukisan seni tangan .

Sesetengah Ulama' Tassawuf mengatakan bahawa melukis potret (mahram atau  bukan mahram) adalah makruh tahrim (makruh yang menghampiri haram) . Mereka menyatakan bahawa tiada keberkatan yang akan berkunjung ke rumah yang mengandungi potret . Keberkatan di sini bermaksud Malaikat tidak berkunjung ke tempat kediaman mereka atau mereka tidak mahu menyibukkan diri mereka leka dengan potret tersebut (kebiasaannya , potret merupakan gambar orang yang telah meninggal yang membuatkan kita rindu padanya) .

Ini berkaitan dengan kisah Saiditina Aishah yang dimarahi oleh Rasulullah kerana menghias tempat lena Baginda dengan gambar-gambar . Rasulullah S.A.W mengoyak-ngoyakkan gambar-gambar tersebut . Dalam kisah ini , Baginda memarahi Aishah bukan kerana potret tersebut haram , akan tetapi baginda tidak mahu menyibukkan diri Baginda dengan gambar-gambar tersebut . Nabi tidak menyatakan potret adalah haram tetapi merupakan sesuatu yang tidak disukai oleh baginda . Baginda hanya ingin menumpukan fikiran baginda dengan fikir , risau , rungsing terhadap  umat Baginda .

Apakah hukum Scan ( Membuat Imbasan ) Bayi di dalam kandungan?

Tidak menjadi masalah melakukan scan kepada ibu yang sedang hamil dengan tujuan ingin mengetahui jantina bayi , asalkan amalan itu tidak memudaratkan kesihatan ibu dan bayi .

Ia mesti dilakukan oleh doktor wanita .Tidak harus dilakukan oleh doktor lelaki yang bukan mahram walaupun suami ada bersama kerana scan ini tidak termasuk perkara darurat .

Selain itu , jika scan sebegini memudaratkan kandungan , wajar dielak. Hal ini kerana kita tidak boleh menzalimi saudara-mara kita apatah lagi darah daging kita sendiri . Fatwa kebangsaan juga tidak mengeluarkan hukum yang koti'e ( tepat atau khusus atau tetap) membuat scan terhadap kandungan.

Apabila mendapat keputusan scan , kita mesti faham bahawa keputusan itu tidak semestinya betul 100 peratus kerana Allah bersifat Maha Mengetahui segala perkara ghaib . Sesungguhnya Allah mengetahui tentang apa yang kita (hambanya) tidak ketahui .

Wednesday, June 19, 2013

Adakah wajar Penzina dikenakan dengan hukuman yang berat?

Seorang Budha membantah hukuman had zina yang disebutkan dalam Al-Quran. Firman Allah S.W.T:

"Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukuman agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman."

( An-Nur : 2)

Budha tersebut mengemukakan kisah Nabi Isa yang dibawa wanita itu yang melakukan zina. Baginda memanggil sekalian orang Yahudi yang tidak bersalah untuk merejamkan batu kepada perempuan tersebut akan tetapi tidak ada siapa yang berani melakukannya sebaliknya beredar dari situ. Nabi Isa memaafkan wanita tersebut dan menasihatinya.

Budha tersebut berpendapat bahawa kita tidak boleh mengenakan hukuman terhadap penzina akan tetapi nasihat sudah memadai. Persolannya bukan tentang beratnya hukuman yang dikenakan oleh Allah dalam Islam, persoalannya apakah tujuannya.

Allah tidak pernah memerintahkan sesuatu kecuali berhikmah. Hukuman 100 kali sebat merupakan hukuman yang paling wajar dilakukan berbanding hukuman sivil. Hukuman Allah bukan bertujuan untuk menyeksa akan tetapi untuk menasihat. Cara 100 kali sebat dilihat begitu efektif dalam memberi nasihat tanpa menyeksa penzina. Ingatlah, Allah menjadikan sesuatu bersebab bukan sia-sia.

Semoga Budha tersebut mendapat hidayah.

Bolehkah orang terpaksa, melafazkan kalimah kufur?

Allah memberi kelonggaran kepada sesiapa yang terpaksa, untuk menyebut kalimah kufur. Terpaksa di sini bermaksud jikalau kita tidak melakukan perkara tesebut kita akan menempah maut. Dalam situasi terpaksa, kita diberi jalan untuk hidup dengan hanya melafazkan kalimah kufur. Dalam situasi ini, Allah memberi kelonggaran berdasarkan ayat dalam Al-Quran yang berbunyi:

"Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah ia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah) , kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman; akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur, maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar"

(An-Nahl : 106)

Dapat kita kaitkan situasi melafazkan kalimah kufur ini dengan kisah Ammar Bin Yasir. Ammar Bin Yasir merupakan anak kepada Sumayyah (Syahid pertama dalam Islam). Dia melihat ibunya Syahid ditikam dengan tombak. Selepas Musyirikin Mekah mmbunuh Sumayyah, dia menghampiri Ammar Bin Yasir. Dia menyuruh Ammar Bin Yasir melafazkan nama tuhan yang merupakan berhala yang mereka sembah atau tetap dengan agama Islam. Dengan sedih, Ammar Bin Yasir melafazkan salah satu darpada tuhan yang mereka sembah dalam keadaan hatinya tetap beriman kepada Allah.

Ammar Bin Yasir tidak berasa tenteram. Dia pergi merujuk kepada baginda Rasulullah S.A.W bagi mendapatkan kesahihan. Selepas menceritakannya kepada Nabi, Nabi tidak memarahi Ammar Bin Yasir malahan memuji tindakannya.

Selepas meniliti kisah ini, jelaslah Allah memberikan kelonggaran kepada sesiapa yang dalam keadaan terpaksa untuk mengucap kalimah kufur. Tetapi dengan syarat, sewaktu dia melafazkan kalimah kufur tersebut, hati dia perlulah tetap dengan beriman kepada Allah.


Adakah Islam menghalalkan perang?

Seorang Kristian menemui saya dan dia menengking saya. Dia menyatakan bahawa agama Islam adalah agama yang 'menghalalkan pembunuhan' yakni dengan perperangan. Saya cuba menenangkan dia dahulu. Saya meminta dia mengeluarkan hujjahnya. Lantas, dia mengemukakan 16 ayat Al-Quran tentang perperangan dan jihad. Antara firman Allah tersebut:

1~ Firman Allah S.W.T:
"Wahai Nabi, perangsangkanlah orang-orang beriman itu untuk berperang. Jika ada di antara kamu dua puluh orang yang sabar, nescaya mereka dapat menewaskan 200 orang (dari pihak musuh yang kafir) ; dan jika ada di antara kamu seratus orang (yang sabar), nescaya mereka dapat menewaskan 1000 orang dari golongan yang kafir, disebabkan mereka (yang kafir itu) orang-orang yang tidak mengerti."

(Al-Anfal : 65)

2~Firman Allah S.W.T:
'Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang) , sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) atau dengan keaadan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab) ; dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam) . Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengerti."

(At-Taubah : 41)

3~Firman Allah S.W.T:
"Wahai Nabi, berjihadlah menentang orang-orang Kafir dan orang-orang Munafik, dan bertindak keras terhadap mereka. Dan (sebenarnya) tempat mereka ialah neraka Jahannam, dan itulah seburuk-buruk tempat kembali"

(At-Taubah : 73)

4~Firman Allah S.W.T:
"(Apabila kamu telah mengetahui bahawa orang-orang Kafir itu dihampakan amalnya dan diseksa oleh Allah) maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan) , dan ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu."

(Muhammad : 35)

5~Firman Allah S.W.T:
"Dan berperanglah kamu pada jalan Allah (kerana mempertahankan kebenaran agamaNya) ; dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

(Al-Baqarah : 244)

6~Firman Allah S.W.T:
"(Ingatlah) ketika Tuhanmu wahyukan kepada malaikat: "Sesungguhnya Aku menyertai kamu (memberi pertolongan) , maka tetapkanlah (hati) orang-orang yang beriman. Aku akan mengisi hati orang-orang yang Kafir dengan perasaan gerun; oleh itu, pancunglah leher mereka (musuh) dan potonglah tiap-tiap anggota mereka." (Perintah)  yang demikian ialah kerana sesungguhnya mereka menentang Allah dan RasulNya; dan sesiapa yang menentang Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya."

(Al-Anfal : 12-13)

Saya menjawab:

"Firman Allah yang pertama bukan menunjukkan Allah menggalakkan umat Islam berperang dan berbunuh-bunuhan, tetapi Allah menyatakan kekuatan umat Islam jikalau bersabar menerima perintah Allah memerangi orang-orang Kafir."

"Firman Allah kedua menunjukkan betapa pentingnya perintah Allah memerangi orang-orang Kafir yang ketika itu umat Islam ramai terdiri daripada kaum yang lemah. Allah tidak menyatakan 'menghalalkan pembunuhan' menerusi perang."

"Firman Allah ketiga, Allah memerintahkan agar umat Islam bangkit menentang orang-orang Kafir dan Munafik kerana mereka merupakan musuh Islam yang nyata."

"Firman Allah keempat, Allah menyatakan bahawa janji orang-orang Kafir jangan dipercayai; apatah lagi untuk berdamai; kerana mereka sentiasa memungkiri janji."

"Firman Allah kelima, Allah memerintah umat Islam berperang kerana Allah Maha Mendengar rintihan umat Islam yang seksa menanggung azab yang dilakukan oleh orang-orang Kafir semata-mata untuk mempertahankan agama Islam yang satu."

"Firman Allah keenam, Allah menerangkan kekuatan umat Islam dengan pertolonganNya dan pedihnya azab yang bakal diterima oleh orang-orang Kafir."

Hakikatnya, Allah menurunkan ayat-ayatNya adalah untuk memerintah umat Islam supaya memerangi musuh Islam yang hakiki dan bukannya berperang untuk membunuh tetapi berperang untuk berjihad. Orang-orang Kafir kini dan selamanya masih tidak faham erti jihad dalam Islam.

Semoga Allah memberi kefahaman Islam kepada orang Kafir tersebut.

Adakah azab kubur tidak bertepatan dengan Sains?

Seorang Ateis menolak azab kubur. Katanya ia bertentangan dengan Sains dan bertentangan dengan akal yang sihat. Beliau berhujah dengan mengemukakan ayat:

"Katakanlah (wahai Muhammad) : "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah dia akan menemui kamu; kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah dan mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)."

(al-Jumuah : 8)

Ayat ini bukannya salah, tetapi tidak boleh dijadikan hujah tentang azab kubur kerana ayat menerangkan tentang kematian yang menimpa hidup setiap manusia meskipun dia berusaha melarikan diri daripadanya.

Ayat yang hampir menceritakan tentang azab kubur terdapat dalam surah Al-Ghafir yang berbunyi:

"(Dengan keikhlasannya dan penyerahan dirinya kepada Allah) maka ia diselamatkan oleh Allah dari angkara tipu daya mereka; dan Firaun bersama-sama kaumnya ditempa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh) : "Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!."

(Al-Ghafir : 45&46)

Hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah R.A menjelaskan: Aisyah R.A berkata "Dua orang tua yahudi dari kalangan penduduk Madinah menemui saya dan berkata: "Ahli-ahli kubur diazab dalam kubur masing-masing, saya telah menolak perbicaraan mereka berdua lalu mereka keluar." Tidak lama selapas itu Rasulullah S.A.W masuk ke bilik saya dan saya menceritakan kepada baginda tentang apa yang saya katakan kepada mereka berdua dan saya tidak mempercayai apa yang mereka katakan. Sabda Rasulullah S.A.W; "Keduanya bercakap benar. Mereka di azab di dalam kubur mereka dengan azab yang didengari oleh kesemua  binatang." Saya tidak melihat selepas itu melainkan baginda sentiasa memohon agar dijauhkan daripada azab kubur.

Setelah itu Aisyah R.A menyebut Hadis lain yang menjelaskan Rasulullah S.A.W berlindung diri daripada sikap lemah, malas, penakut, bakhil dan juga azab kubur.

Dan Hadis yang ketiga membicarakan tentang soalan yang dikemukakan oleh dua orang malaikat kepada setiap yang diletakkan di dalam kuburnya.

Semoga Allah memberikan hidayah-Nya kepada hamba Ateis tersebut.

Tuesday, June 18, 2013

Adakah wajar wanita Muslimah memakai hijab?

Seorang Paderi Kristian telah menemui saya dalam perjalanan pulang saya ke rumah. Dia membantah Al-Quran kerana Al-quran memerintahkan wanita Islam memakai hijab sebagai mana yang terdapat dalam firman Allah;

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) , dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang lebih tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya"

(Surah An-Nur : 31)

Dia menyatakan bahawa memakai hijab ini tidak ubah seperti zaman dahulu; yang mengamalkan amalan penghambaan dan juga membunuh roh bekerja, beraktiviti dan juga tidak ubah seperti penjara.

Saya tidak tahu kenapa dia begitu menyatakan sebegitu dan meyifatkannya dengan sifat yang buruk? Saya menjawab bahawa bukankah dia merupakan seorang agamawan Kristian yang berusaha menjaga kehormatan dan kesucian diri dan dalam masa yang sama berusaha memerangi keruntuhan akhlak dan pelacuran.

Saya menyatakan yang Allah bukan sengaja memerintahkan wanita memakai hijab ke atas diri mereka. Allah tidak menetapkan sesuatu secara sia-sia tetapi berhikmah. Hijab merupakan satu bentuk penjagaan kepada kehormatan kaum wanita dan penyebaran kesucian dan kemulian dalam masyarakat.

Kata-kata Paderi tersebut mengingat saya kepada syaitan-syaitan jin dan juga syaitan-syaitan manusia yang mengulangi hujah-hujah mereka yang buruk terhadap pemakaian hijab dalam Islam. Syaitan tersebut berharap agar wanita Muslimah dapat menjadi fitnah dalam Islam.Mereka mahu kaum wanita keluar rumah dalam keaadaan bertabarruj (berlebihan) dan memakai perhiasan yang menarik perhatian kaum lelaki.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah memberi hidayah kepada Paderi tersebut dan kembali ke jalan yang benar.